towards malaysia floggers conference

Friday, April 1, 2011

rm10 makan durian tanpa had...

RM9.90 untuk nikmati durian di Hentian Bukit Gantang


2011/04/01
IPOH: Dengan hanya membayar RM9.90 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada Pesta Jom Makan Durian anjuran PLUS Expressways Bhd pada 9 dan 10 April ini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha, berkata pesta itu akan diadakan di Hentian Bukit Gantang arah utara dari 10 pagi hingga 5 petang.
"Kanak-kanak bawah tujuh tahun tidak dikenakan bayaran manakala bagi mereka yang hendaklah membeli durian di situ, mereka diberi diskaun 50 peratus," katanya.
Orang ramai juga boleh menyertai pertandingan makan durian, meneka berat dan ulas durian.

Khalilah berkata, 10 tan durian dari kawasan Bukit Gantang akan dibawa ke pesta berkenaan yang dianjurkan sejak 2007 sempena musim buah durian di kawasan sekitar Bukit Gantang.

"Ia bertujuan mempromosi buah-buah tempatan di hentian Bukit Gantang sebagai salah satu destinasi penjualan buah-buah tempatan di Lebuhraya PLUS," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment