towards malaysia floggers conference

Tuesday, April 19, 2011

BELI PAPER METRO TODAY...

Diskaun 10 peratus untuk pelanggan


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KEPONG: Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn Bhd (Sekinchan Ikan Bakar) menawarkan diskaun 10 peratus sempena pembukaan cawangan di Kepong, Jumaat ini.

Restoran ini adalah cawangan kesembilan selepas pembukaan Sekinchan Ikan Bakar di Balakong, awal April lalu. Penambahan cawangan Sekinchan Ikan Bakar ini berikutan sambutan amat menggalakkan daripada seluruh masyarakat sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pemiliknya, Datuk Jamal Mohd Yunos (gambar) berkata, keistimewaan itu diberikan di semua cawangan Sekinchan Ikan Bakar iaitu di Setiawangsa, Kota Damansara, Seri Gombak, Puchong, Desa Tun Razak, Cheras dan yang terbaru di Balakong.


“Bagi menikmati potongan harga yang ditawarkan ini, pelanggan hanya perlu membawa keratan artikel Sekinchan Ikan Bakar yang asli disiarkan akhbar Harian Metro dan sah di semua cawangan Sekinchan Ikan Bakar,” katanya.

Selain itu, katanya, Sekinchan Ikan Bakar didirikan di kawasan dikuasai restoran masyarakat Cina dan satu-satunya restoran tunggal milik usahawan Melayu di tempat itu.


Sementara itu, katanya, Sekinchan Ikan Bakar bercadang membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara bagi memberi peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan, terutama di kawasan luar bandar. “Kami mensasarkan 30 cawangan sebelum hujung tahun ini. Saya berpendapat sasaran itu boleh dicapai berikutan sambutan yang diterima sehingga ini sangat membanggakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment